Tempat Menarik di Pulau Pinang
Bukit Bendera
Perjalanan
keretapi (2km) mengambil
masa kira-kira setengah jam.
Alternatif terdapat jalan 5.1km tar.
Ia juga laluan mendaki
yang popular dan
mengambil masa kira-kira 2 hingga 3
jam mendaki untuk
sampai ke atas.
Taman Negara Pulau
Pinang
Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau
Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa,
tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya
adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna
termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk
sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak
tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain
di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung
berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan
berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan
hujan tropika.
Batu Feringgi
terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi
dengan resort bertaraf antarabangsa, dan merupakan pantai paling popular di
Pulau Pinang. Macam-macam sukan air yang boleh Anda dapati di sana. Naik jet
ski, naik payung terjun, naik boat, menunggang kuda dan sebagainya.