Thursday 31 May 2012

Tempat Menarik Di Johor


 
Tempat Menarik Di Johor

Terletak di selatan Semenanjung Malaysia adalah negeri Johor Darul Takzim. Berkeluasan 18986 kilometer persegi puncak tertinggi di negeri ini adalah Gunung Ledang. Johor Bahru ialah ibu negerinya dengan jumlah penduduk sekitar 2.7 juta. 

Sejarah Johor bermula sejak abad ke 16, apabila Sultan Mahmud yang berasal dari Melaka menjadi raja di Johor. Setelah kejatuhan Syarikat Hindia Timur Belanda, Bugis mendominasi Johor pada 1874. Sultan Abu Bakar mengambil laih tampuk kepimpinan negeri pada 1885 dan merupakan orang yang bertanggugjawab dalam menyediakan asas untuk menjadikan Johor sebuah negeri yang kaya dan makmur. 


Pada hari ini Johor adalah negeri ketiga termaju di Malaysia selepas Selangor dan Pulau Pinang. Pertanian, perindustrian, perbankan dan pelancongan adalah penyumbang utama ekonomi negeri. Seperti Kuala Lumpur Johor adalah destinasi membeli-belah popular terutamanya kepada punduduk Singapura. Sebagai contoh Tangkak adalah tempat yang popular untuk surirumah yang mencari langsir-langsir cantik pada harga berbaloi.




Hutan Bandar
Meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemuan JalanTasek Utara dan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya. Atara komponen yang tedapat didalamnya termasuklah Laman Tembusu, Medan Selera, Laman Permainan Kanak-Kanak, Kawasan Tasik, dan Tapak Perkhemahan.





Taman Orkid Johor Bahru

Terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar, mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk seni bina lestari yang berkonsepkan "mesra alam" dan "terbuka".





          
Laman Merdeka
Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa . Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melalui komponen pembangunan yang telah disediakan.




Taman Rekreasi Tasik Pandan
Laman Rekreasi ini terletak di Jalan Harmon, Taman Desa Harmon, daerah Johor Bahru berhampiran dengan Ponderosa Golf & Country Club. Laman Rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 6.6 hektar (16.3 ekar) dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman ini.

No comments:

Post a Comment