Friday 1 June 2012

Tempat Menarik di Pulau Pinang


Tempat Menarik di Pulau Pinang


Bukit Bendera
Perjalanan keretapi (2km) mengambil masa kira-kira setengah jam. Alternatif terdapat jalan 5.1km tar. Ia juga laluan mendaki yang popular dan mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam mendaki untuk sampai ke atas.










Taman Negara Pulau Pinang


Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.






Batu Feringgi
Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, dan merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang. Macam-macam sukan air yang boleh Anda dapati di sana. Naik jet ski, naik payung terjun, naik boat, menunggang kuda dan sebagainya.


Tempat menarik di Sabah



Tempat Menarik Di Sabah 






Sepilok Orang Utan Sanctuary
Ia adalah salah satu destinasi pelancongan terletak di 25 km dari bandar Sandakan, Sabah Malaysia. Ini adalah tempat yang terbesar di dunia bagi Pusat Rehabilitasi Orang Utan. Kawasan ini seluas 11,000 hektar hutan dara telah disisihkan bagi kawasan perlindungan Orang utan. Di sinilah Orang utan yang telah tersesat ke kawasan hutan diselamatkan.





 Gua Gomantong
Gua Gomantong yang berjarak sekitar 32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet. Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua. Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.





 Sungai Kinabatangan
Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran sungai tersebut.






Poring Hot Springs
Poring Hot Springs terletak di sempadan selatan Kinabalu Park. Jika anda ingin ke sana, perjalannya lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu atau 40km dari Taman Kinabalu. Tempat ini boleh merehatkan badan anda yang keletihan setelah puas berjalan di Kota Kinabalu. Terdapat banyak kolam air panas yang menarik di sini.




Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Jika anda berkesempatan ke sana, di harap bolehlah kongsikan cerita anda di sini.



Tempat Menarik di Melaka


Tempat Menarik Di Melaka

                                                                

A Famosa merupakan salah satu tempat menarik di Melaka atau salah satu tempat bersejarah di Melaka. Kota A Famosa dibina pada pada tahun 1511 oleh Portugis apabila mereka berjaya menakluk Melaka .




Kota A Famosa terletak di tengah-tengah  bandaraya Melaka Bandar Bersejarah berdekatan dengan Dataran Pahlawan Melaka, Gereja St Paul dan juga menara Taming Sari yang merupakan tempat menarik di Melaka Bandar Bersejarah pada masa kini. Sebenarnya kalau tengok dengan mata sendiri baru sedar bahawa Kota Famosa Melaka ini sebenarnya kecil sahaja bangunannya dan di  luar Kota tersebut ada  meriam yang diletakan di luar.







Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.


Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.




 
Sebelah bangunan lama Belanda. Bangunan kuno ini, dengan kayu keras rantaian serta tebal, ditambah pula dengan dinding batu yang tebal, kita boleh melihat kraf tukang batu dan tukang kayu Belanda. Mereka dikekalkan oleh Belanda di Timur bangunan yang tertua, yang dibina pada 1660, kira-kira 1641 Masihi. Ia siap pada tahun 1650, adalah Gabenor Belanda dan institusi rombongan politik itu terletak. Rumah sahaja masih mengekalkan siling yang kayu Huadiao abad ke-17. Kini ia ditukar kepada sejarah koleksi Muzium profesional perkara Portugis dan Belanda peringatan kepada pameran pakaian pengantin tradisional Cina dan Malaysia dan memperkenalkan sejarah Melaka.