Tempat Menarik di Pulau Pinang
Bukit Bendera
Perjalanan keretapi (2km) mengambil masa kira-kira setengah jam. Alternatif terdapat jalan 5.1km tar. Ia juga laluan mendaki yang popular dan mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam mendaki untuk sampai ke atas.
Taman Negara Pulau Pinang
Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.
Batu Feringgi
terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi
dengan resort bertaraf antarabangsa, dan merupakan pantai paling popular di
Pulau Pinang. Macam-macam sukan air yang boleh Anda dapati di sana. Naik jet
ski, naik payung terjun, naik boat, menunggang kuda dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment